Wednesday, June 30, 2010

Pengenalan


Blog ini diwujudkan untuk dijadikan sebagai diari kejayaan Asyraf dalam arena catur.

Asyraf mula berjinak-jinak dengan buah catur semenjak berusia 4 tahun. Umur 5 tahun, dah mula pandai susun buah dan membuat pergerakkan. Masuk 6 tahun, dah mula menunjukkan minat dan boleh bermain catur, tapi belum pandai nak buat checkmate.

Semasa umur asyraf 6 tahun, untuk pertama kalinya, asyraf mencuba bermain di kejohanan catur UTM. Oleh kerana minat dalam permainan catur, asyraf suka bermain game catur (Chessmaster 10.0) dan melalui game ini, asyraf banyak belajar membuka permainan yang standard. Selalu sparring dengan ayah, membolehkan asyraf memperbaiki permainan dari masa ke semasa sehingga berjaya mengalahkan ayah beberapa kali..

Bagi mereka yang berminat bermain catur secara online, bolehlah cabar asyraf di chesscube.com, userid: 'asyraf2000'


Gambar-gambar berkaitan:-